Saturday, November 14, 2009

MenariKnYa Jiwa Seorang ManuSia..

Assalamualaikum w.b.t...

alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk berjuang di atas jalannya walaupun kita sentiasa ditimpa pelbagai ujian sama ada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan... tapi yang penting adalah kita harus sedar bahawa setiap perkara yang mendatangi kita adalah yang terbaik buat kita... sama ada untuk menyedarkan kita ataupun untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.. dan kita seharusya bersyukur kerana kita sentiasa diberi peluang untuk membuat pilihan sama ada untuk memilih jalan yang fujur ataupun jalan ketakwaan....

dalam hadith ke-6 Imam Nawawi, dalam badan manusia terdapat sketul daging..
jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya jika rosak seketul daging itu maka rosaklah seluruh anggotanya dan ketahuilah bahawa sesungguhnya seketul daging itu adalah hati.. ( maksud hadith, Riwayat Bukhari dan MUslim)


jika kita bercerita tentang hati, bagi saya ia amat merumitkan kerana ia kelihatan begitu abstrak sekali... kita sebagai manusia biasa tidak mampu membaca apa yang terlintas dalam hati seseorang... hanya Allah dan kita sahaja yang tahu apa yang tersirat dalam hati kita ( unless klu kita cite kat orang laen apa yang tersirat dalam hati kita)....

dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa hati manusia ini telah diilhamkan oleh Allah akan dua keadaan iaitu fujur dan takwa... seseorang manusia itu sangt beruntung sekiranya dia mampu mendidik jiwanya ke arah ketakwaan dan rugilah mereka yang gagal mendidik jiwa mereka....

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. (91:8)


semuanya terletak dalam pilihan kita.... sama ada untuk ingkar atau patuh....
jika dilihat kepada kedua-dua keadaan ini, fujur dan takwa merupakan keadaan yang amat bertentangan antara satu sama lain... so, pandai-pandailah kita bagaimana ingin menjadikan takwa itu sentiasa mengatasi kefujuran.....

kita dapat membahagikan jiwa manusia itu kepada tiga keadaan yang berbeza..

i) Nafsu lebih dominan
ii) pengaruh yang sama antara nafsu dan ketakwaan
iii) takwa yang lebih dominan.

jika kita lihat pada kondisi yang pertama, apabila nafsu seseorang itu menguasai jiwanya maka akan sentiasa timbul keinginan untuk memenuhi shahwat serta kesenangan dunia... sekiranya jiwa kita berada dalam kondisi seperti ini maka kita harus bertindak segera bagi memulihkan jiwa kita.. jika tiada langkah segera yang diambil maka hati kita akan segera mati.. maka amat sukar bagi kita untuk menentukan sama ada perbuatan kita adalah benar atau salah apabila hati kita sudah mati.... malah, dalam keadaan seperti ini juga akan menyebabkan kita berkelakuan sperti binatang malah mungkin lebih teruk daripada itu.....

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (45:23)

dalam kondisi yang kedua pula adalah di mana nafsu yang terdapat dalam jiwa manusia sama kuatnya dengan sifat takwa... orang yang jiwanya seperti ini sentiasa berfikir panjang untuk melakukan sesuatu kerana terjadi pergolakan dalam jiwa mereka antara keinginan beramal soleh mahupun kecenderungan kepada maksiat. keadaan seperti inilah yang selalu dapat dilihat dalam kalangan kaum muslimin.

situasi ketiga adalah di mana ketakwaan seseorang itu mengatasi nafsu yang ada dalam diri mereka. jiwa seperti ini disebut sebagai nafsu muthmainah (jiwa yang tenang) setiap ibadah yang dilakukannya terasa ringan.

Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,masuklah ke dalam syurga-Ku. ( 89: 27-30)

konklusinya, walau apa pu keadaan jiwa kita, kita telah diperintahkan untuk sentiasa mensucikan jiwa kita. terdapat pelbagai cara untuk kita membersihkan jiwa seperti membaca Al-Quran serta mentadabburinya, solat 5 kali sehari semalam secara berjemaah, banyakkan bersedekah dan sebagainya. namun semuanya terletak pada pilihan kita sama ada untuk memilih yang terbaik atau sebaliknya...
wassalam....

Leia Mais…

Tuesday, November 10, 2009

PengaAlamAN Yang MemEnaTkan......( CAbaran Episod 2)

Asssalamualaikum w.b.t....

alhamdulillah setelah sekian lama tak update akhirnya diberi peluang untuk mengupdate blok nie....

namun kali nie banyak cerita menarik yang hendak dikongsikan...
klu tengok title kat atas tu sebenarnya pengalaman yang aku dapat kali nie memang laen dari yang laen... first time lak tu..

cite nie terjadi dalam minggu lepas yang mana handset ngan wallet aku yang berisi Rm 40, 4 kad atm, lesen memandu ngan IC aku telah dicuri..
at first memang terkejut gak r tp aku try to cool down myself and try to find the best solution..

actually, kes nie berlaku time aku kat surau....
memandangkan ari khamis minggu lepas aku ada test math, cadangnya nak wat latihan cikit... so, lepas solat isyak, diri ini bersama-sama beg yang dibawak duduk di suatu sudut di surau bagi membolehkan aku dengan SELESANYA membuat latihan math....

NamuN BegItu,
AkibAt Keterselesaan YAng MElampAU,
mata nie pun MenJADi Kuyu,

MAkA,
BErmUlalah Satu Epilog Hitam dalam hIduP BuAt PErtma Kali,
nak dijadikan cerita MAkA Aku pUn tertiDor R Kat Surau An-Nur dengan LEnA SKALI...
(best gak r tido awal Time TU)...

time tu r
" Barang-barang telah dicuri oleh orang yang tidak tahu"- p/s ayat nie ditulis oleh akak polis masa buat repot ari tu.... agak kelakar gak r bile baca repot polis tu....

so dalam pukul 2.00 pagi aku terjaga,
time tu terkejut gak r bile tibe2 handset dalam poket sweater yang sedang dipakai..... pastu try r check beg pulak...
tengok2 beg pown kene selongkar....
memang cuak gak r time tu...

time tu teringt pulak ayat nie,

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.(13:28)

so, tips yang pertama bile hadapi situasi macam nie, kita kene calm down dulu.. cube bertenang n jangan cepat gelabah...
klu tak nnt kepala lg cepat srabut....
banyakkan beristighfar....

pas tu aku cube tengok keadaan sekeliling so that aku leh faham walaupun sedikit apa yang berlaku especially beg aku yang diselongkar..

BESOKNYA,
aku terpaksa skip kelas kimia aku 2 masa coz aku perlu call sume bank yang aku guna kad atm tu tuk sekat kad atm aku yang lama.... aku gak kene call pihak Celcom tuk sekat no aku wat sementara waktu.... aku buat sume nie coz teringat pesanan ayah aku tuk sekat sume jenis dokumen penting a.s.ap tuk elakkan sthng yang tidak diingini berlaku.....

so lebih kurang kul 10 aku call r parent aku tuk citekan pasal nie.....
tapi parent aku pun pada awalnya terkejut gak tp pas tu diorang macam dah cool balik... dengan tenang mak aku menjawab,
" t mak g tau ayah eyh macam mana. T apa2 hal mak tepon along balik."

besoknya terkejut gak r bile diberitahu yang parent nak datang pas sembahyang jumaat..

btw, sambung balik t tuk hari yang akan datang
wassalam....

Leia Mais…

Sunday, October 11, 2009

KejerNihAn Dari Yang HItaM.....

Assalamualaikum w.b.t.....

smoga kita sentiasa berada dalam limpah kurnia dan rahmt-Nya....
dan kita berharap agar iman dan amal kita sentiasa terpelihara dari sebarang hasutan dan bisikan syaitan di samping terus berada dalam perniagaan yang menguntungkan ini....

dalam sedar tak sedar, dalam usia 19 tahun ini, kita telah menghadapi pelbagai jenis ujian samada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan... namun begitu, masih banyak lagi halangan yang perlu kite tempuh di sepanjang usia kita.... apa yang baru kita hadapai ini belum sampai lg tahap super duper hokage tahap ke-5.... (bak kata Ustaz Azli).......

semakin kita membesar, semakin usia kita bertambah, semakin matang pemikiran kita dan semakin itu jugalah tanggungjawab yang harus dipikul oleh diri kita semakin bertambah....

hipotesis:-

Semakin kita bertambah besar, semakn banyk tanggungjawab dan cabaran yang harus kita hadapi.. ( boleh dijadikan RQ nih)...

namun, kehidupan kita sebagai seorang hamba memang tak dapat lari dari ujian yang ditetapkan dan kita memang harus menghadapinya...

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(2:155)

Sudah pasti bahawa Allah akan menguji setiap hambanya, namun bergantung kepada kita bagaimana untuk manghadapi ujian tersebut samada mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam ataupun sebaliknya.....

kita seharusnya ingat bahawa setiap ujian yang datang menimpa kita adalah demi kebaikan kita sendiri..... walaupun mungkin tidak dapat dilihat secara zahirnya, namun percayalah there is a lining silver behind it... mungkin hikmahnya tidak dapat dilihat pada tika ini tetapi kita hanya mungkin dapat melihatnya dalam masa 20 - 30 tahun akan datang....

ku minta bunga yang cantik,
tapi diberi kaktus berduri,
yang hanya akan melukakan diriku sendiri,
ku minta kehidupan yang berseri,
tapi hujan yang menimpa sepanjang hari

Kemudian,

setelah sekian lama,
akhirnya aku sedar bahawa aku telah mendapat bunga yang begitu indah sekali,
walaupun pada awalnya penuh dengan duri,
aku juga sedar bahawa kehidupanku amat berseri
kerna pada akhirnya aku dikurniakan sejalur pelangi,


rupa-rupanya ujian itu harus kita hadapi terlebih dahulu sebelum mendapat sesuatu yang kita impikan...
kita wajib yakin bahawa Allah Maha Mengetahui segala-galanya dan juga apa yang terbaik buat kita.....

kita sebenrnya mampu untuk menghadapi ujian yang datang menimpa kita kerana hal ini telah dijanjikan oleh Allah,

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....... (2:286)

kita sebagai seorang hamba seharusnya kembali kepda MAha Pencipta,
kerana Dia lah sebaik-baik penolong dan pembantu buat diri kita,

Ya'qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya." (12:86)

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"(2:156)


so, kita kene sentiasa ingat kepada Dia-lah yang kita sembah,
dan kepada-Nya jua kita mohon pertolongan...




smoga untuk post kali nie kita sama-sama dapat mengambil manfaat,
jangan biarkan ianya mengalir seperti air di mata dan telinga kita...
Insyaallah...

Leia Mais…

Wednesday, September 30, 2009

Terasa sepeRti KekoSongan

salam....

aku sebenarnya tak tau ape yang terjadi... entah kenapa hari nie takde mood je walaupun orang tengok aku macam biasa jer.. sejak pagi lagi sampailah sekarnag .. terasa macam ade satu kekosongan..ntahlah.. aku sendiri tak tau kenapa jadi macam tu.. mcm hilang arah..

ntah kenap tibe2 jer hati terasa sayu... perasaan sedih tu memang terasa... tak tau krnapa jadi mcm nie.. walupun ee dah siap tapi stil terasa kekosongan walaupun sepatutnya rasa gembira sebab ee 1 draft dah ade...

mungkin sebab rase cuak kot... takut2 ckgu tak terima ee..

namun terdapat bisikan hati kecil jauh di sudut hati :-

Insyaallah, mungkin ee takde masalah... kita harus yakin yang kita dah buat yang terbaik dan kita serahkan segala2nya pada Allah....
Moga doaku ini diterima oleh MU Ya ALLAH...
AMINNN..

aku benar2 keliru.....


atau mungkin...
kali ini aku skali lagi kehilangan seorang sahabat rapat...
ermmm. memang terasa sayu sangt...
mungkin sejak kecil lagi aku telah dididik bagaimana untuk menghargai perhubungan persahabatan lebih2 lagi sekiranya sahabt itu memang rapat dengan kita..

bagi ku...
harga sebuah persahabatan itu amat tinggi nilainya


tibe2
terlintas difikiranku akan janji ALlah yang akan memberikan ujian terhadap setiap hambanya (2:155)..... mungkin ini adalah ujian buat diriku...
tapi kehilangan seorang sahabat memang amik mase yang lama untuk aku recover balik...
berbanding seorang kekasih yang mana aku rase samada ada atau takde same jer.... klu hilang pown aku tak kisah.... (tu pown klu ade r sebelum nie)

tapi diriku memang benar2 terasa seperti kekosongan....
Ya Allah....
bantulah diriku dalam menghadapi cabaran yang mendatang..
sesungguhnya aku teringat akan janji-Mu dalam Kitab Mu yang Agung
bahawa
Dikau akan memberikan khabar gembira buat mereka yang sabar
dan sememangnya Engkau memang berpegang pada janji...
dan sesungguhnya aku benar2 berharap akan pertolongan dari-Mu Ya Allah Ya Rabbal'alamin....
Kabulkanlah permintaan hambaMU ini YA Allah...

Leia Mais…

Monday, September 21, 2009

Selmat HAri RAya

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit www.al-habib.info for more greeting cards like this!

Leia Mais…

Sunday, September 20, 2009

Doa dari HAmbamu ini.....

Ya Allah, kami bermohon agar KAU terimalah segala amalan-amalan kami di sepanjang bulan Ramadhan yang lalu..... Amin ya Rabbal 'Alamin.....

Leia Mais…

Tuesday, September 15, 2009

Ramadhan berlalu pergi, Syawal pula menjelma

Assalamulaikum w.b.t…

Alhamdulillah kerana masih punya kekuatan untuk menulis post terbaru nie….
Dalam sedar tak sedar, Bulan Ramadhan sudah pun berakhir dan kini kite dah pon masuk bulan syawal…..
Rase sekejap je kan…..
Tapi cube kite amik masa untuk berfikir sejenak…..
Adakah kita menggunakan masa-masa kita dalam bulan Ramadhan yang lalu dengan sebaik mungkin…
Dan adakah target kite ketika bulan Ramadhan telah tertunai….
Dan berapa ramaikah di antara kita yang bersungguh-sungguh berusaha untuk mendapatkan redha serta pengampunan-Nya…..
(mungkin nampak macam agak retoris, namun begitu soalan sebegini bertujuan untuk mengingatkan kepada sape2 yang sentiasa terlepas pandang terhadap perkara2 sebegini dan juga buat mereka yangsuka mengambil ringan akan sesuatu perkara)

DAlam Pada Masa yang sama,
ade juga segelintir dari kita yang sekarang nie sedang lena dibuai mimpi di samping memeluk teddy bear mahupun bantal peluk masing2( paling koman pun bantal ngan selimut r)….
Dalam erti kata lain, mereka hanya memikirkan amal ibadat untuk dirinya sahaja tanpa mengajak rakan-rakan yang lain….. alngkah ruginya kita seandainya kita bersikap demikian…

kta seringkali mendngar pelbagai jenis nama bagi bulan Ramadhan ini… antarnya ialah Ramdhan al-mubarak, syahr tarbiyah (bulan didikan), bulan makrifat, dan macam2 lagi….. namun begitu, adakah kita benar2 mendalami maksud untuk setiap nama yang diberikan kepada bulan Ramadhan ini... dan adakah kite benar2 dapat mendidik diri kita dalam bulan yang mulia ini????

(straight to da point)
ape yang ana benar2 harapkan agar saf kita sentiasa penuh setiap kali waktu solat bukan dalam bulan Ramadhan sahaja tapi untuk bulan2 seterusnya..... amin...


smoga saf2 sebegini akan terus berkekalan

selain daripada itu, harap kita sama berusaha untuk menghabiskan satu juz Al-Quran tuk sehari selepas ini.... sesungguhnya Al-Quran itu adalah pegangan seumur hidup kita dan jangan sesekali kita meninggalkannya kerana ia adalaH buku panduan yang lengkap untuk sepanjang hidup kita....


Katakanlah: "Ruhul Qududs (JIbril) menurunkan Al-Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi oran-orang yang berserah diri (kepada Allah)" (16:102)


Semoga bulan Ramadhan yang telah pergi telah dapat membentuk diri kita menjadi seorang muslim yang sejati….

Dan bila tibanya bulan syawal nie kejarlah puasa enam pula sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis sabda Baginda…..

Sahabat Abi Ayub ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: "Barangsiapa melaksanakan puasa bulan
Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka berarti
dia telah melakukan puasa setahun penuh " (HR. Muslim dan Abi Dawud).

Leia Mais…